SEJARAH KAMPUNG IBOK
|
|
Kampung Ibok adalah sebuah kampung lama atau kampung tradisi yang
terletak didalam Mukim Hulu Chukai Daerah Kemaman. Ianya adalah salah sebuah kampung tradisi di bawah Wilayah KETENGAH. Jarak Kampung Ibok dari Bandar Chukai
adalah lebih kurang 12km. Menurut
cerita orang-orang tua, Kampung Ibok mula diterokai pada tahun 1936 oleh
sekumpulan orang asli yang diketuai oleh Tok Gelibok atau dipanggil Tok Ibok. Kumpulan ini tinggal di persisiran sungai. Seperti yang kita maklum pada masa dahulu
sungai merupakan sistem perhubungan yang utama. Pada tahun 1938, orang berketurunan Melayu
telah datang menerokai tanah untuk kegiatan pertanian. Di antara hasil kegiatan pertanian pada
masa itu adalah penanaman gambir dan getah.
Oleh kerana kegiatan ini mengancam sumber kehidupan Tok Gelibok dan
kumpulannya, maka kedatangan mereka tidak disenangi. Lantaran itu, kumpulan Tok Gelibok telah
berpindah dari situ. Tempat yang baru
diterokai ini belum bernama, maka penduduk melayu di sini menamakan kampung
ini dengan nama Kampung Ibok, sempena nama ketua kumpulan orang asli iaitu
Tok Gelibok. Pada tahun 1942, bertambah ramai orang berhijrah ke kampung ini yang
terdiri daripada Melayu, Cina dan India
|
Sabtu, 21 Januari 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan